Thursday, September 1, 2011

Salam lebaran

Telah Ramadhan memanisi amalan,
Nilainya setahun harga penantian,
Imbalannya umpama 1000 bulan,
Syawal disambut meraikan kemenangan.

Eid Greeting
Eid Mubarak
Eid Sa'eed



From a year ago:
-Saudara Shah @ Ramadhan & Syawal 2010-


Monday, April 25, 2011

Bersuci



Rasulullah SAW bersabda, "Tidak sah solat orang yang tidak berwuduk, dan tidak ada wuduk bagi orang yang tidak membaca bismillahirrahmanirrahim (kalimah basmalah), (Hadis riwayat Abu Daud)


Meminjam nalar spiritual Prof Harun Nasution, manusia tidak boleh mendekatkan diri kepada Allah kecuali apabila dia menyucikan rohaninya. Alasannya kerana Allah sendiri bersifat rohani, hingga bahagian manusia yang dapat mendekatkan diri dengannya adalah roh, bukan jasad. Di samping itu, Allah adalah zat yang maha suci, dan roh yang diterimanya adalah roh yang suci. Maka wuduk adalah tangga pertama bagi melakukan pengembaraan spiritual dalam menggapai kenikmatan solat. Wuduk menjadi asas utama bagi sesiapa sahaja yang mahu mengembalikan kesuciannya, baik zahir dan juga batin.


Di petik dari:

Diari Hidup Rasulullah SAW. Oleh: Muhammad Abd. Syukur, Muhammad Muslish Aziz,Muhammad Syamsul Yakin. (m/s 109), Terbitan: PTS Millennia



Tuesday, March 15, 2011

Maniskan hatimu dengan bersabar

Terjemahan : Tafsir Mahmud Yunus (Al-Qur'an Nul Karim, Rasm Uthmani)

Surah Ra'd: 22-24

22- Dan orang-orang yang bersabar kerana mengharap keredhaan tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan sembunyi dan terang-terangan, dan menolak kejahatan dengan kebaikan, untuk mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat).

23- (Iaitu) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang yang saleh di antara bapa-bapanya, isteri-isterinyadan anak cucunya, sedang malaikat masuk kepada mereka dari setiap pintu.

24- (Lalu mengucapkan): Assalamualaikum (keselamatan atas kamu), kerana kamu telah bersabar, maka sebaik-baik tempat kesudahan itu.





Dari link : http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
Juga dari : http://www.alquran-melayu.com/13-ar-rad/

Surah Ra'd: 22-24

[22]
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;

[23]
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;

[24]
(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.


*** (^_^) ***

Saturday, January 15, 2011

Potret Ibu, Tumbuhan Herba, dan Dua Nama.

Assalamu'alaikum wbt.

Dalam kadar hanya beberapa bulan tiada coretan idea tulisan yg berbahasa siratan. Senyap ruangan ini untuk terkunjung oleh insan yang dalam kesudian membaca dengan sekilas datang. Dan dalam semakan beberapa simpanan lama, terjumpa karya yg belum cukup lengkap mahupun matang untuk memenuhi sebarang entri ini... Walaupun begitu, tetap mahu berkongsi juga tulisan yang berkenaan yang tiada sempurna bahasanya itu untuk lebih bermakna dalam hati insan yang terfaham siratannya, demikian bagi empunya karya.

**********************************************************
"Properties" :

Created: Saturday, May 29, 2010, 7:26:52 PM
Modified: Thursday, May 20, 2010, 11:48:54 AM
Accessed: Today, January 15, 2011, 8:37:34 PM
**********************************************************

Dilihat tiada terlengkapnya karya ini, maka terniat akan ada penyambungnya dihati. Agar tidak tergantung atau terputusnya ia dalam perumpamaan sebarang erti tali bermaknakan "sambung" dan "diskrit". Dalam tempoh sekadar yg diberi, inshaAllah dapat ia disempurnakan.

Inilah ia karya yg tiada lengkapnya...



"Potret Ibu, Tumbuhan Herba, dan Dua Nama"


Terlakar potret wanita tua
Uban di kepala dan subang di telinga,
Ceritanya dizahiri garis-garis usia,
tampangnya tenang itulah hidupnya
dulunya jelita kini terkubur segala

Halaman dalam ~bertumbuhan herba
Rumah terakhir ~jejak ananda
keluarga dalam tinggalan sahaja
penantian lama ~penantian terlama

Namanya terpahat insan mulia
dirinya kini terfikir dua
dua nama ~satu insan
itu nama manusia tuhan

Memori indah, duka dan lara
satu rahsia pemilik insan
tak tergali rahsia digali sahaja
barang lepas jadi tauladan
yang baik diambil ~keruhnya dibuang
Semoga esok lebih indah.


************************************************
Dalam ketidakseberapaan, akan ku kembali berkarya lagi, inshaAllah.

Wednesday, July 21, 2010

Yang aku faham...(1)

Assalamualaikum wbt.


Dalam usia yang dah menjangkau 23 tahun, aku mula faham sedikit demi sedikit...



Setiap pagi selepas menguruskan diri, pastinya wajah sendiri akan ditatap pada cermin yg sama. Bukan untuk dipupuk bedak atau disapu dengan cream pemutih. Bukan itu semua. Tapi dengan tujuan yang lain... Dah menjadi rutin utama utk shaving apa yang tumbuh tak henti2 di muka ni....berjambang, mcam org yg dah 30's above. Terasa mcam dah tua je. Yer, aku bukan budak2 lagi. Semakin hari...semakin berusia...semakin dekat untuk bertemu khaliq.



Mungkin kita pernah dengar...bahawa orang yang bijak itu adalah orang yang selalu mengingati mati. Selalu aku lihat ke dalam diri ni, dan aku nampak c.i.n.t.a. Cinta kehidupan. Tapi kebanyakannya adalah cinta kehidupan yg duniawi. Mahu miliki kejayaan dan kebahagiaan seperti insan lain. Mungkin itu normal bagi kebanyakan manusia. Dalam masa yg sama aku juga dapat rasakan yg cinta itu membuatkan aku tak mahu mati dulu hinggalah aku dapat semuanya. Sekaligus buatkan aku tak bersedia untuk mati. Itulah "kesebaban" yang mesti kita sedar kenapa ramai yg tak mahu mati. Tak bersedia....kenapa? banyak perkara tak settle....apa yg tak settle lagi? Terlalu banyak! Pokoknya itu bergantung kepada diri masing2. Samada kita sedar atau pun tidak, pilihan kita menentukan siapa kita dikemudian hari. Ingat, kematian itu pasti bagi setiap manusia, setiap yg bernyawa.



Sementara hidup yg tak lama ni, mungkin dalam puluhan tahun lagi, masing2 dengan usaha untuk mengecapi kejayaan. Kalau dulunya kejayaan itu sudah pasti bagi aku. Tapi, apa yg aku belajar dari kejayaan2 tu? Meraih hasil atau berbangga dengan usaha yg kononnya gigih? ....aku tak belajar banyak. Sekarang...banyak fenomena yg dikatakan gagal dlm hidup aku. (Bukan gagal, tapi belum berjaya --> be positive ok =) Apakah kegagalan itu harus disambut dengan kesedihan? Disambut dengan rasa rendah diri dan apa2 shj yg negatif? Bila kita gagal ramai yg salahkan diri kita. Sememangnya kita memang bertanggungjawab ke atas diri masing2. Tapi adakah setiap insan mahu mereka gagal? Gagal sangat sinonim dengan kesedihan. Aku pun rasa perkara yg sama....banyak kali. Kadang aku bertanya, kenapa aku ditahap yg mcam ni? Adakah aku sekarang berada dalam "zaman kejatuhan"?



Aku cuba untuk faham. Dulu aku berjaya, aku gembira, bersyukur. Tapi bagaimana pula kalau gagal? Kenapa perlu bersedih? Adakah itu adil? Aku mula merenung...dalam sedalam-dalamnya. Dikatakan untuk berjaya itu perlu USAHA, BERDOA, BERSERAH / TAWAKAL. Mulanya berusaha, buat sehabis baik, sesudah itu berdoa, berserah / bertawakal. Semuanya telah dilakukan utk berjaya. Aku akhirnya dapati bila BERJAYA=SYUKUR, dan bila GAGAL=SEDIH. Konklusi ni sangat tak bertepatan dengan prinsip "Usaha, Doa, Tawakal". Ini kerana, ia menjadi benar apabila BERJAYA=SYUKUR, tapi menjadi tidak benar apabila GAGAL=SEDIH. Ia dah mematuhi dua yang pertama iaitu Usaha dan Doa, tapi tidak pada yg ketiga iaitu tawakal. Kalau benar2 seorang itu bertawakal dan berserah pada "ketentuan Allah", tentunya mereka redha dan masih tetap bersyukur. Itulah seadilnya bagi suatu yang dikatakan BERJAYA dan GAGAL.



Aku mula cuba untuk memahami sedikit demi sedikit... setiap kali ujian yg bernama gagal itu datang, setiap kali itulah aku belajar untuk redha atas ketentuanNya. Dan aku wajar bersyukur. Tetap bersyukur walau apa pun. Kalau tak pernah gagal pasti aku akan rasakan hidup ini terlalu mudah untuk aku jalani. Tentu aku tak tahu tahap nilai hati ni mcam mana. Setiap kegagalan itu meningkatkan peluang / kebarangkalian untuk berjaya. Jadi, aku tetap mampu tersenyum. Hidup yg akan datang bukan untuk meratapi kegagalan yg lepas, tapi untuk masa depan yang lebih baik lagi.



Ini sangat sedikit daripada apa yg perlu kita faham. Moga yang "sedikit" ini dpat membuatkan kita lebih menghargai apa yg kita ada sebagai insan kerdil yang kenal diri. Moga rahmat dan redha Ilahi sentiasa ada untuk kita semua, inshaAllah.


Monday, May 31, 2010

Kepada dia yang pergi

Setahun hampir genapnya, engkau pergi~
di sini aku pemilik hati yang mati,
tiada ubat, tiada ria, dan tiada ganti
sekali pergi tiada kembali yang lagi

Bahagia itu milik kau dan dia
sengaja dicipta buat aku yang lurus bersetia
rela lepas buat kau ~berdua gembira
aku ditinggal dengan raungan memori lara

buat cinta yang tanpa apa-apa
tanpa setia, hormat, korban ~segala
itu bukan sejatinya cinta
bukan untuk dicemar hati yang buta

Di sini masih...aku mampu merasa
sakit yang tak tertahan peritnya ~bisa
dari taring mulut yang berkata
janji cinta ~mudah kau berdusta

Cuba itu tetap ada
tapi mampukah kau untuk dilupa
sedang kau itu yang pertama
walau aku bagimu tak langsung berharga

Dari insan yang kau dustai...
jadikan cintamu itu lebih bererti
buat insan yang satu lagi
untuk suamimu ~kekal ke akhir nanti.


(~akur melupakan~)
29/5/2010 - 6.45pm~7.25pm

Wednesday, March 17, 2010

Malam Fizik


Malam Fizik kali ni (2010) lebih meriah daripada yg lepas. Makanan yg disediakan memang sangat memuaskan hati, sedap sangat. Adik2 junior yg rapat dgn sy mlm tu telah kenakan sy pd mlm berkenaan dengan kuiz yg ntah ape2....tapi takpe la, dapat cabutan bertuah yg terakhir, besar gak hamper tu. Terima kasih kepada pihak penganjur yg banyak berkorban demi Malam Fizik 2010.



- Coursemate 2006/2007 -
All the best to all of us !!!