Saturday, August 29, 2009

Masa dulunya aku...(1)



Pagi tu seperti biasa aku ke sekolah...

Kali ni adalah untuk menghabiskan sisa-sisa persekolahan aku di SK Sungai Kapal.
Dengan uniform kuning, aku pustakawan sekolah yg dilantik untuk sesi 1999, tahun terakhir aku di sekolah tu.

Macam-macam gelagat rakan-rakan aku, masih segar dalam ingatan hati. Ye la, kami budak kampung... Walau pun dah 12 tahun dibesarkan di kampung, aku rasa sangat bahagia dengan suasana yg tenang sedamai suasana desa tu...hinggakan semua jalan kat kmpung berkenaan diletakkan dengan nama "damai". Aku tinggal di Jalan Damai 2.

Erm, masih teringat lagi...saat-saat akhir tahun berkenaan, para guru tak sabar untuk mengetahui keputusan UPSR kami. Aku seperti pelajar lain, tak meletakkan impian tinggi untuk mendapat keputusan yg bagus. Lagi pun aku bukanlah antara nama-nama yg terkenal dengan kepandaian akademik di sekolah tu. Biasalah, balik-balik anak cikgu yang jadi sebutan.

Tup tup...result pun keluar pada hari yang telah ditetapkan. Cikgu-cikgu agak kecewa sebab sangkaan mereka meleset jauh. Segala target yang selama ni dipaparkan untuk dijadikan kayu ukur prestasi pelajar kini hanya tinggal sebagai papan kenyataan lama yang tak dipandang lagi. Sebenarnya pada masa tu aku tak tahu lagi result dah keluar, mcam hari-hari biasa aku balek rumah dengan beg yg agak ringan berbanding sebelum UPSR dulu.

Suasana agak berbeza hari tu, agak tenang. Setiba je aku kat rumah, perkara pertama akan aku buat adalah meletakkan basikal di tempat yang sepatutnya. Beg pun aku letakkan berhampiran dengan pintu masuk. Kemudian emak aku pun datang dengan wajah tersenyum. Aku mula pelik, tapi aku senyap je la.

"Tahniah...usaha selama ni membuahkan hasil" diciumnya pipi aku. Rupanya dia lebih awal tahu keputusan ujian upsr tu sebelum aku. Katanya ada cikgu yg buat panggilan telefon bagi menyampaikan perkabaran tu. Walaupun ia bukanlah suatu yg terlalu hebat, tapi aku dah buat dia tersenyum gembira. Tak tahu mcam mana pula hatinya gembira...dia dan tuhan saja yg tahu.

Pada "Malam Meniti Puncak 1999" aku dianugerahkan dengan anugerah Seri Gemilang...pelajar terbaik kurikulum. Manakala, untuk anugerah terbaik Ko-kurikulum pula dimiliki oleh rakan lain dari kelas yang berbeza.

Itu cerita dulu, saat sekolah rendah yg banyak aku tak faham.
Kenapa aku selalu dipulaukan...kenapa wujud beza antara sesama pelajar...aku bersendiri.
Sebagai seorang yg sangat pendiam, banyak masa dihabiskan berseorangan dan hanya menghiburkan diri dengan barang-barang rekaan sendiri.

Sekarang berbeza, aku agak ramai kawan. Tapi...

Kadang-kadang, aku rindu saat dulu. Biar aku seorang, tapi aku aman. Bila seorang diri, aku rasa yang hadir adalah kelibat arwah ayah yg memujuk dan merasakan tuhan yang selalu hadir membantu. Saat tu yg aku rindui... Semua tu mungkin takkan kembali lagi. Tapi, aku harap jiwa aku sebersih dan setenang dulu. Sebagai anak yg baik dan hamba Allah yg taat.

InsyaAllah.



3 comments:

  1. ;Biar aku seorang, tapi aku aman. ;
    love your quote

    as for me, people who doesnt stand out or talk much most probably are invisible to other schoolmates.
    teachers never pronounce my name right, they had to refer the namelist before saying my name out loud.
    bayangkan 3-4 tahun camtu. sp x trauma.

    btw, congrats dpt pljr ko-k t'baek :D

    ReplyDelete
  2. Mungkin guru2 tersebut tak memahami hati kecil seorang murid. Silap mgkin dgn lemahnya diri mereka...

    Same situation with me...

    Mereka : name awak siape?...
    Shah : Shahino..
    Mereka : Ape? shahino? peliknya nama,
    melayu ke?....mualaf ke?
    Shah : saya melayu, memang asal Islam.


    Biarlah, yang lepas dibiar lepas. Hanya tuhan dan kita sendiri tahu betapa unik dan istimewanya diri kita.


    Salam Ramadhan Zaf (^_^)

    ReplyDelete
  3. rase sentap bile bace statement yang last tuh...
    nape ko dipinggirkan dulu?
    sebab ko cam muke cine ke?
    huhu...

    ReplyDelete