Friday, October 23, 2009

Pesan Ayahmu



"Anak ayah perlu belajar untuk masa depan ~cerah..."

Dulunya kau diasuh sayang, dijaga hati, dipimpin harapan.
Kecil kau diteman nasihat juga indah tauladan.
Tika ibu mu muram dek tingkah ayah,
datang engkau melibur lara ~kembalikan senyum seluruh hatinya.
Tika pula ayah mu mencungap letih,
datang engkau dengan air jernih~meredakan lelah penat zahirnya.
Dihati mereka... ~Engkaulah harapan ibu, dan juga ayah.



"Anak ayah perlu belajar untuk masa depan ~cerah..."

Pesannya ayah jadi tiara, walau dia telah pun tiada...
Kini kau tercalon nama sebagai insan terpilih ---
Berat hatinya ibu melepaskan pemergianmu ~bakal mahasiswa.
Tapi pujuk mu buat ibu kembali tersenyum harapan menguntum.
Lambaian si tua itu tampak ceria tapi dihatinya berat merela.
Kau pergi dengan janji berjaya, ibu mu ditinggal sunyi dengan sarat rindunya.

~~~~~~~
~~~~~~~

Ibu yang dulunya kau senyumkan dengan mesra gurauan,
Ayah yang dulunya kau janjikan sebuah kejayaan,
Kini mereka jauh, terasing kau di sini ~sebaris ilmuwan.



"Anak ayah perlu belajar untuk masa depan ~cerah..."

Serangkap ayat yang dulu diingat,
Kini kau lupa, hilang satu matlamat.
Mereka bukan di sisi mu lagi sebagai tiang yang meneguhkan kau sebelumnya.
Mana arah yang mahu kau gapai untuk hidup dalam pedoman...
Mula kau mencari identiti, mula kau belajar berdikari.
Telah nikmat Tuhan beri, wajarnya engkau mensyukuri.
Hidupkan iman, teguhkan hati ~sesuci ~jiwa murni.

~~~~~~~
~~~~~~~
Ingatlah, ibu dan ayah mu tak pernah lupa,
mahu mereka ~engkau berjaya ~dengan hati suci mengaya.
Pesannya kau sematlah di dada...
Seperti kapal yang punya nakhoda.
Maka, ...ingatlah...


"Anak ayah perlu belajar untuk masa depan ~cerah".



*******
__________________________________________________________

***Khas buat mahasiswa dan mahasiswi (semua yang bergelar pelajar). Penuhilah harapan ibu dan ayah, serta tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Belajarlah demi agama, keluarga, bangsa, dan negara.

2 comments:

  1. kita umpama menara tinggi
    teguh kukuh terpacak duri
    melangkah segak bersalut iman
    dicampak ke laut menjadi pulau
    dicampak ke darat menjadi gunung

    yu teringat kata-kata pujangga tuh..selalu kukendung dalam ingatan

    mahu menjadi seseorang yang berguna kepada agama,keluarga ,bangsa dan negara..

    post baik pemberi kesedaran lagi2 kpd mahasiswa yg makin leka bila berjauhan dengan ibu bapa

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt...
    nice post.. teruskan membasah pena...
    khas untukmu dari seorang teman yang jauh...

    Senyum seorang bonda,
    Tiada sirna taranya,
    Senyum ayahanda ,
    Setulus hati walau mata berkaca,

    Restunya bonda,
    Mengindahkan lautan hati si kecil,
    Seindah Cleopatra sesayup pandang,
    Bukti sekalung sayang,

    Restunya ayahanda,
    Menghidupkan pelita jiwa,
    Malap diusir lantas diheret cahaya,
    Moga si kecil tetap gembira,

    Semenjak bertatih kini berlari,
    Si kecil dibuai manja ke dewasa hari,
    Kecil mula berpaling sepi,
    Itukah balasan untuk pencurah bakti?.....

    p/s : “duhai teman.. sama2 kita realisasikan impian semua ayahbonda, moga kita tergolong dalam golongan yg soleh dan solehah… Allahumma Amiin… “

    ReplyDelete