Friday, January 1, 2010

Cinta dan Hijrahnya

Oleh: Saudara Shah.


Tengaharinya tadi ~meredup lagi
dan malamnya pula terusan bersunyi
Mungkin mentari siang bermalu dibalik awan
dan malamnya bintang tak berteman bulan
~Itulah hari dan malam yang selalu

Deru angin menampar pipi ~kanan dan kiri
Kadang unggas menyengat enak telunjuk jari
Putih pepasir, gelombang lembut dan buihan seni
di pantai pengerang tegar ia sendiri lagi
~Itulah menungan yang agam semahu

Tapi semua yang selalu dan dahulu itu
tidak mampu mengubah semalam yang lesu
buat seorang tanpa sejarah tauladan lagu
~Tentu iramanya esok tetaplah begitu

*****

Di meja kayu, diari buku, dan pena biru…
Dan di balik mukanya ~ruang kisah hijrah yang membaru
Diari tekad bertajuk matlamat mengubah hati
Cinta yang manusiawi, kini cinta yang syurgawi

Terhijrah bersama abdi jasad dan nurani hati...
Ter’imanlah amalnya penuhi makna ke seluruh isi
Dihemah tahajud ~malamnya sunyi pun tidak lagi
Dan redup tadinya berubah ke sinar iman paling suci.


Antara ikhlas amal insani, dan redha agung ilahi
Maha mengetahui jualah empunya langit dan bumi ini
Dari Khaliq asal datangnya kita sejak azali
Maka juga pada Nya tempat kembali yang abadi.

*****

2 comments:

  1. salam shah huhu yu bru sempat komen je..aritu banyak seimbas lalu bahasa puisi xsempat dihayati..cute puisi ni angin suka sih...lagi2 nama angin ada disitu..cewahh..
    --
    ni komen yew dengar2...
    banyak inversi yang digunakan...
    sekadar nasihat----terlalu banyak inversi boleh menyebabkan membaca mudah bosan membacanya..( tapi angin xbosan)
    kalau boleh untuk karya seterusnya pelbagaikan gaya bahasa agar bahasa nampak lebih indah..
    gaya sudah ada,bahasa sudah baik cuma perindah apa yang ada..chaiyok k! (^_^)

    ReplyDelete
  2. Salam
    Terima kasih yu atas komen tu

    Baiklah, ini respon dari shah...
    Puisi kali ni memang kelihatannya seperti banyak inversi. Beberapa inversi digunakan dalam beberapa baris ayat, bagaimana pun jika dikira ia tidak terlalu banyak.

    Tujuan inversi2 ini bukan sengaja diubah struktur ayatnya...tapi inversi ini mempunyai maksud tertentu dengan sifatnya. Ia mengindahkan lagi bahasa, dan shah memang mahu mengekalkannya agar pembaca sedar seni dalam suatu puisi itu.

    Ini rahsia inversi...
    Sebenarnya dalam khidupan harian kita juga tlah gunakannya, tp ia dihapuskan dgn cara bahasa yg lebih formal. Cntoh: budak itu busuk baunya. (...nya telah melenyapkan inversi "busuk bau" itu secara tidak langsung). Itu sebagai cntoh sahaja.

    Jadi dalam puisi jika ia dikekalnya tersangatlah elok utk pembaca tahu & sedar seni bahasa yg dicipta oleh melayu genius zaman dahulu ini.

    Kalau anda sedar....
    rangkap 1 & 2 sgt berkias
    (sifat alam itu perlu disifatkan kpd keadaan sebenar hidup pemuisi)
    rangkap 3 & 4 kiasan dikurangkan
    (agar mudah difahami)
    rangkap 5 & 6 terus kepada maksud mesej puisi ini.

    Moga kita dapat berkongsi lebih lagi agar pengetahuan dapat dicerna dgn baik utk meningkatkan mutu puisi melayu kita.


    Komen anda semua amat berharga.

    Terima kasih banyak

    ReplyDelete