Setahun hampir genapnya, engkau pergi~
di sini aku pemilik hati yang mati,
tiada ubat, tiada ria, dan tiada ganti
sekali pergi tiada kembali yang lagi
Bahagia itu milik kau dan dia
sengaja dicipta buat aku yang lurus bersetia
rela lepas buat kau ~berdua gembira
aku ditinggal dengan raungan memori lara
buat cinta yang tanpa apa-apa
tanpa setia, hormat, korban ~segala
itu bukan sejatinya cinta
bukan untuk dicemar hati yang buta
Di sini masih...aku mampu merasa
sakit yang tak tertahan peritnya ~bisa
dari taring mulut yang berkata
janji cinta ~mudah kau berdusta
Cuba itu tetap ada
tapi mampukah kau untuk dilupa
sedang kau itu yang pertama
walau aku bagimu tak langsung berharga
Dari insan yang kau dustai...
jadikan cintamu itu lebih bererti
buat insan yang satu lagi
untuk suamimu ~kekal ke akhir nanti.
(~akur melupakan~)
29/5/2010 - 6.45pm~7.25pm
CARA TINGKATKAN METABOLISMA
1 day ago






shahino!.....
ReplyDelete~sungguh bermakna!!>..
~r u really mean it?
shah...utk sapa niey?
ReplyDeleteintan:
ReplyDeleteyer. bermakna sangat...mean it? yeah, for everybody
kak yla:
utk siapa2 shj (semua)
assalamualaikum wbt...
ReplyDeletenice post... terus dan teruskan membasah pena
khas untukmu daripada teman yang jauh =)
puisi dan cinta tak jauh bezanya
cinta tiada berbahasa tapi memberi rasa,cinta memerlukan jiwa mendramakan kehidupan, Sebuah kehidupan yang manusia lalui dengan rencahnya.
lantas, puisi juga tiada berbahasa, memerlukan cakrawala untuk mengrkspresi makna, memerlukan alam untuk mengindahkan bicara, memerlukan pelangi untuk mewarna dan semestinya perlukan bulan dan mentari untuk menambah rasa.
ondahnya bait-bait manis seumpama melihat senyum mengujakan, dan ukiran senyuman itu adalah cinta sebahagian manusia.
indah.....
tak tergapai dan tak tersentuh walau kepingin untuk menyapanya.
begitulah alam mengajar kita kecewa!
kecewa dalam apa jua destinasinya, sama ada cinta mahupun lainnya.
Aduhai~~~
tertusuk jiwa ini
tergamam perasaaan ini
apabila cinta memungkiri niatya, terbitlah siang tanpa mentari,terlihat malam kehilangan seri si purnama, senyum yang dulu menggetar dada kini segaris sebak nyata, mungkin juga bagaikan syurga tanpa bidadari.
memang puisi tempat jiwa berlari, melarikan rindu dari rindu, melukiskan rasa seluas2nya..
mengocak minta utk terus berkata dan bertanya.
p/s "duhai sahabatku, usah terburu2 mencari cinta, usah dikenang duka lama, usaha dikuasai segala rintih rayu godaan jiwa, pasti ada yang terbaik buatmu di ats redha-Nya... Allahumma amiiin..=) "
fikir2kan...
moga bertemu cinta sejati yang mampu dimiliki oleh hati nurani..
ReplyDeleteSalam Saudara Syah,
ReplyDeletePercayalah, cinta yg terbaik hanyalah Cinta yg Hakiki, Cinta kepada Allah yg Esa.. Cinta kepada manusia fitrah semata-mata.. Apa yg penting, usah selimutkn hatimu untuk bercinta kerana cinta yg paling bermakna adalah cinta yg dicampakkan oleh Allah ke dalam hati Mukmin yg sebenar-benar mencintai-Nya.. Wallahualam..
shah.. aima baru perasan post nih.. dengan lagu lagi.. mak aihhh... :-)
ReplyDelete