Wednesday, July 21, 2010

Yang aku faham...(1)

Assalamualaikum wbt.


Dalam usia yang dah menjangkau 23 tahun, aku mula faham sedikit demi sedikit...



Setiap pagi selepas menguruskan diri, pastinya wajah sendiri akan ditatap pada cermin yg sama. Bukan untuk dipupuk bedak atau disapu dengan cream pemutih. Bukan itu semua. Tapi dengan tujuan yang lain... Dah menjadi rutin utama utk shaving apa yang tumbuh tak henti2 di muka ni....berjambang, mcam org yg dah 30's above. Terasa mcam dah tua je. Yer, aku bukan budak2 lagi. Semakin hari...semakin berusia...semakin dekat untuk bertemu khaliq.



Mungkin kita pernah dengar...bahawa orang yang bijak itu adalah orang yang selalu mengingati mati. Selalu aku lihat ke dalam diri ni, dan aku nampak c.i.n.t.a. Cinta kehidupan. Tapi kebanyakannya adalah cinta kehidupan yg duniawi. Mahu miliki kejayaan dan kebahagiaan seperti insan lain. Mungkin itu normal bagi kebanyakan manusia. Dalam masa yg sama aku juga dapat rasakan yg cinta itu membuatkan aku tak mahu mati dulu hinggalah aku dapat semuanya. Sekaligus buatkan aku tak bersedia untuk mati. Itulah "kesebaban" yang mesti kita sedar kenapa ramai yg tak mahu mati. Tak bersedia....kenapa? banyak perkara tak settle....apa yg tak settle lagi? Terlalu banyak! Pokoknya itu bergantung kepada diri masing2. Samada kita sedar atau pun tidak, pilihan kita menentukan siapa kita dikemudian hari. Ingat, kematian itu pasti bagi setiap manusia, setiap yg bernyawa.



Sementara hidup yg tak lama ni, mungkin dalam puluhan tahun lagi, masing2 dengan usaha untuk mengecapi kejayaan. Kalau dulunya kejayaan itu sudah pasti bagi aku. Tapi, apa yg aku belajar dari kejayaan2 tu? Meraih hasil atau berbangga dengan usaha yg kononnya gigih? ....aku tak belajar banyak. Sekarang...banyak fenomena yg dikatakan gagal dlm hidup aku. (Bukan gagal, tapi belum berjaya --> be positive ok =) Apakah kegagalan itu harus disambut dengan kesedihan? Disambut dengan rasa rendah diri dan apa2 shj yg negatif? Bila kita gagal ramai yg salahkan diri kita. Sememangnya kita memang bertanggungjawab ke atas diri masing2. Tapi adakah setiap insan mahu mereka gagal? Gagal sangat sinonim dengan kesedihan. Aku pun rasa perkara yg sama....banyak kali. Kadang aku bertanya, kenapa aku ditahap yg mcam ni? Adakah aku sekarang berada dalam "zaman kejatuhan"?



Aku cuba untuk faham. Dulu aku berjaya, aku gembira, bersyukur. Tapi bagaimana pula kalau gagal? Kenapa perlu bersedih? Adakah itu adil? Aku mula merenung...dalam sedalam-dalamnya. Dikatakan untuk berjaya itu perlu USAHA, BERDOA, BERSERAH / TAWAKAL. Mulanya berusaha, buat sehabis baik, sesudah itu berdoa, berserah / bertawakal. Semuanya telah dilakukan utk berjaya. Aku akhirnya dapati bila BERJAYA=SYUKUR, dan bila GAGAL=SEDIH. Konklusi ni sangat tak bertepatan dengan prinsip "Usaha, Doa, Tawakal". Ini kerana, ia menjadi benar apabila BERJAYA=SYUKUR, tapi menjadi tidak benar apabila GAGAL=SEDIH. Ia dah mematuhi dua yang pertama iaitu Usaha dan Doa, tapi tidak pada yg ketiga iaitu tawakal. Kalau benar2 seorang itu bertawakal dan berserah pada "ketentuan Allah", tentunya mereka redha dan masih tetap bersyukur. Itulah seadilnya bagi suatu yang dikatakan BERJAYA dan GAGAL.



Aku mula cuba untuk memahami sedikit demi sedikit... setiap kali ujian yg bernama gagal itu datang, setiap kali itulah aku belajar untuk redha atas ketentuanNya. Dan aku wajar bersyukur. Tetap bersyukur walau apa pun. Kalau tak pernah gagal pasti aku akan rasakan hidup ini terlalu mudah untuk aku jalani. Tentu aku tak tahu tahap nilai hati ni mcam mana. Setiap kegagalan itu meningkatkan peluang / kebarangkalian untuk berjaya. Jadi, aku tetap mampu tersenyum. Hidup yg akan datang bukan untuk meratapi kegagalan yg lepas, tapi untuk masa depan yang lebih baik lagi.



Ini sangat sedikit daripada apa yg perlu kita faham. Moga yang "sedikit" ini dpat membuatkan kita lebih menghargai apa yg kita ada sebagai insan kerdil yang kenal diri. Moga rahmat dan redha Ilahi sentiasa ada untuk kita semua, inshaAllah.


2 comments:

  1. shahino tules ni?
    wow...nice2. :)

    ReplyDelete
  2. Allah itu Maha Adil...Setiap yg terjadi mgajar kita erti kehidupan yg sebenar..... =)

    ReplyDelete