Surah Ra'd: 22-24
22- Dan orang-orang yang bersabar kerana mengharap keredhaan tuhannya, mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka dengan sembunyi dan terang-terangan, dan menolak kejahatan dengan kebaikan, untuk mereka itu akibat (yang baik) di kampung (akhirat).
23- (Iaitu) Syurga Adn, mereka masuk ke dalamnya bersama orang-orang yang saleh di antara bapa-bapanya, isteri-isterinyadan anak cucunya, sedang malaikat masuk kepada mereka dari setiap pintu.
24- (Lalu mengucapkan): Assalamualaikum (keselamatan atas kamu), kerana kamu telah bersabar, maka sebaik-baik tempat kesudahan itu.
Dari link : http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
Juga dari : http://www.alquran-melayu.com/13-ar-rad/
Surah Ra'd: 22-24
[22]
Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat;
[23]
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu;
[24]
(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
*** (^_^) ***






Salam,
ReplyDeleteSabar itu penawar kehidupan.. Dengan bersabar, seorang mukmin yg sejati akn sentiasa merendahkan diri kepada-Nya... Dengan bersabar juga, seorang sahabat yg sebenarnya akn sentiasa saling memperingati sahabatnya yg lain.. Marilah kita sama-sama memupuk sifat ini dalam diri mukmin sekalian.. Wallahualam.. \(^o^)/